Pempengaruh media sosial dan juga pengamal muay thai, Putra Abdullah, kini mengintai satu lagi keputusan knock out (KO) dalam Kejohanan Byon edisi kelima yang akan berlangsung pada 28 Jun di Jakarta, Indonesia.
Putra menyifatkan bahawa dia ingin membuktikan dirinya dalam kejohanan itu berdepan petarung dari Indonesia, Kkcal, di saingan Disiplin Kick Boxing.
Tempoh hari, Putra berjaya merekodkan keputusan KO ke atas Kkungke yang juga dari Indonesia iaitu pada edisi keempat Kejohanan Byon saingan Disiplin Tinju.
"Apabila saya berada dalam gelanggang, saya hanya fokus untuk raih keputusan KO ke atas lawan," katanya.
Seorang lagi atlet muay thai negara, Kabilan Jeleven, yang juga akan bertarung dalam saingan Disiplin Kick Boxing berasa yakin dapat menyajikan pertempuran yang berkualiti menentang Brian Lawitan.
"Saya dan Lawitan sudah tentu akan berlatih bersungguh-sungguh menjelang aksi sebenar.
"Walaupun Lawitan adalah pemegang pingat Sukan SEA, namun saya akan memberi 100 peratus dalam aksi tersebut," katanya.
Kejohanan Byon akan menyajikan 11 pertarungan di antara petinju dan kickboxer yang terbaik pada bulan hadapan di Stadium Tenis Tertutup Senayan, Jakarta.