Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang berlangsung hari ini menyaksikan tiada sebarang perubahan berlaku dalam pucuk pimpinan badan induk itu bagi penggal 2025/28.
Tatkala jawatan presiden sudahpun kekal menjadi milik Datuk Mohd Sumali Reduan yang menang tanpa bertanding, tumpuan semestinya terarah kepada perebutan jawatan timbalan presiden serta naib presiden.
Malah, dua kerusi jawatan timbalan presiden kekal menjadi milik Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Datuk Abdul Halim Suleiman selepas masing-masing meraih 49 dan 47 undian daripada perwakilan sekali gus ketepikan seorang lagi calon, Syed Azmir Syed Ahmad yang meraih 16 undian.
Dalam pada itu, tiga jawatan naib presiden juga menyaksikan tiada kejutan berlaku selepas kekal disandang oleh Datuk Abu Jimi Samat, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Wan Mohd Husni Abdullah.
"Saya rasa perwakilan melihat kesinambungan sebelum ini daripada 2022 hingga 2025. Beberapa kejayaan yang diperolehi dan keakraban dalam jawatankuasa. Ini juga merupakan pasukan awal pada 2022 yang menyelamatkan PSM.
"Pertandingan dijalan dengan sihat, semuanya adalah sahabat serta tidak ada konflik," katanya.
Dalam perkembangan sama, Datuk Mohd Sumali Reduan turut mengumumkan penjenamaan semula Persatuan Sepaktakraw Malaysia kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia selepas pindaan itu dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung di sebelah pagi.
Dia juga berkongsikan singkatan nama baru badan induk itu bagaimanapun kekal sebagai 'PSM' dan pihaknya akan menghantar permohonan penjenamaan semula itu kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam tempoh masa terdekat.
"Ada beberapa pindaan perlembagaan yang dibentangkan dan memohon sokongan daripada perwakilan dan antaranuya adalah mengenai persatuan yang akan dipinda ke persekutuan.
"Ia berkuatkuasa setelah dapat pengesahan daripada PJS. Kita di peringkat kebangsaan mahu menggunakan persekutuan berbanding peringkat negeri yang guna persatuan." tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi,

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bakal dikenali dengan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) June 29, 2025
More on Nadi Weekend 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/Gi0IeC2057