Skip to main content

Sukan Lain

PUBG tampil lebih garang kolaborasi bersama Bugatti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pubgm-bugatti-collab-01.jpg
Permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile) telah membuat kolaborasi hangat terbaru iaitu bersama jenama kereta super, Bugatti.

Syarikat Tencent/Krafton telah mendedahkan dan mengesahkan kolaborasi baru mereka bersama Buggati sempena ulang tahun yang ke 110 syarikat automotif itu.

Kolaborasi ini juga mendedahkan 2 jenis kereta keluaran Bugatti yang bakal menambah tarikan pemain-pemain iaitu Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse dan juga Bugatti La Voiture Noire yang boleh didapati di dalam permainan video tersebut bermula 17 Mac sehingga 30 April.

Untuk rekod, PUBG Mobile sebelum ini juga pernah mengadakan kolaborasi bersama jenama-jenama automotif  ternama iaitu Koenigsegg dan Lamborghini.
 
 

Advertisement

Must Watch Video