Kejohanan Tinju Terbuka Thailand hujung minggu ini akan menjadi medan getir buat Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) untuk membuktikan kredibiliti dua peninjunya, Khir Akyazlan Azmi dan Arfiqarnie Ahmad Anshori, bagi melayakkan diri selaku atlet kategori A dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Setakat ini, hanya Ahmad Fuad Redzuan berada dalam kategori A sementara Khir Akyazlan dan Arfiqarni berada dalam kategori B.
Ia menyaksikan PTAM perlu membayar terlebih dahulu perbelanjaan dua peninju itu dan hanya boleh menuntutnya semula daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) seandainya mereka membawa pulang pingat daripada temasya berkenaan.
Bagaimanapun, PTAM berhasrat untuk membuat rayuan bagi meletakkan dia peninju itu dalam kategori A dan ia bergantung kepada prestasi mereka dalam kejohanan di Thailand itu.
"Beberapa proses lagi akan kami lakukan dalam pemilihan yang saya kena bawakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan pada hujung bulan ini.
"Di sana baru kami akan memutuskan jumlah atlet yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Filipina," kata setiausaha agungnya, Shamsuddin Deran.
Tuan rumah, Filipina, menyenaraikan lapan acara tinju dalam sukan dwitahunan itu dengan sebuah negara dihadkan untuk menyertai enam acara.
Keputusan mengenai jumlah peninju yang akan dihantar ke temasya itu hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pengurus pasukan esok.
"Kalau ikut bajet, Insya-Allah.
"Daripada lapan kategori yang dipertandingkan, kami boleh menyenaraikan enam (atlet).
"Dalam mesyuarat itu, kami akan menyatakan berapa jumlah atlet yang akan menyertai Sukan SEA," tambahnya.