Skip to main content

Sukan Lain

PTAM lantik Azmi Md Yunus selaku ketua jurulatih tinju

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azmi-md-yunus.jpg

Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) terpaksa melupakan hasrat mendapatkan khidmat bekas pengendali Thailand, Omar Puentes Malagon, kerana kesuntukan masa dan melantik jurulatih tempatan, Azmi Md Yunus, sebagai pengganti menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Azmi dilantik berdasarkan pengalaman dan hubungan eratnya dengan peninju kebangsaan.

Bekas peninju negara era 90-an ini bertindak sebagai penolong jurulatih negara ketika Sapok Biki meraih pingat emas Sukan Komanwel 1998 sebelum sekali lagi memegang jawatan itu pada 2012.

Pemilihan Azmi sebagai ketua jurulatih negara menamatkan isu tarik tali di antara PTAM dan Puentes sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, dengan temasya sukan terbesar negara itu tinggal kurang 200 hari lagi, Azmi mengakui cabaran besar menanti anak buahnya.

"Cabaran paling besar adalah untuk menghadirkan pingat emas buat negara dalam acara tinju.

"Meskipun masa agak suntuk, namun dengan perancangan dan program yang telah diterapkan, saya yakin kami mampu berusaha untuk mencapai kejayaan dalam Sukan SEA," jelasnya.

Sementara itu, pelantikan Azmi turut mendapat sokongan atlet tinju negara, R. Indran.

"Pada saya, Azmi sangat sesuai kerana dia telah mengajar teknik yang pelbagai. Kami juga mudah mengikut tunjuk ajarnya," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video