Skip to main content

Sukan SEA

PTAM belum sahkan penyertaan peninju wanita di Filipina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ptam.jpg
Berbaki lima bulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya Sukan SEA Filipina hujung tahun ini, Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) masih belum dapat memutuskan sama ada mahu menyertai saingan wanita ataupun sebaliknya. 

PTAM membayangkan akan menghantar wakil ke Filipina dalam acara wanita setelah ia tidak dipertandingkan di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Bagaimanapun Kejohanan Tinju Golden Glove di Terengganu, 12 Jun lalu yang sepatutnya menjadi medan pemilihan atlet wanita tidak berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

"Ketika saingan di Terengganu, kami gagal mencapai sasaran, namun barisan peninju wanita masih lagi meneruskan sesi latihan bagi memantapkan lagi mutu persembahan," kata Setiausaha Agung PTAM, Mohd Shamsul Deran.

Bagaimanapun, PTAM sudah ada pelan sokongan dengan cuba memanggil bekas atlet yang memenangi pingat dalam temasya itu sebelum ini, namun harus merujuk kepada Majlis Sukan Negara (MSN) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terlebih dahulu.

Kali terakhir skuad tinju wanita negara meraih pingat adalah menerusi Lee Ai Jim dalam kategori 48 kg lightweight dengan merangkul gangsa dalam edisi 2011 di Indonesia. 

"Tinju berada dalam kategori B bagi saingan Sukan SEA, namun PTAM akan menilai dengan teliti sebelum memastikan penyertaan peninju wanita ke Filipina," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video