Skip to main content

Sepak Takraw

PSS pasang misi pastikan Selangor kembali sebagai kuasa besar sukan sepak takraw

zafri.jpg
Presiden baru Persatuan Sepak Takraw Selangor, Datuk Ahmad Zafri Suleiman, memberikan jaminan untuk mengembalikan semula selangor sebagai kuasa besar sukan itu pada masa akan datang.

Beliau yang dilantik secara rasmi Ahad lalu ketika mesyuarat agung dwitahunan PSS kali ke-18, turut berhasrat memberikan tumpuan kepada projek pembangunan bakat-bakat muda anak Selangor yang berpotensi untuk diketengahkan.

Untuk rekod, Ahmad Zafri dilantik sebagai presiden baru PSS bagi menggantikan pucuk pimpinan terdahulu yang diterajui oleh Datuk Markiman Kobiran.

"Kami meletakkan sasaran untuk mengembalikan sepak takraw akan kembali ke zaman kegemilangan, sekali lagi menjadi kuasa besar sukan ini dan perkembangan dan perubahan harus dilakukan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden baru PSS, Datuk Fairus Mohamad Urep memaklumkan badan induk itu kini dalam usaha peralihan ke arah penswastaan sepenuhnya.

Pemain yang menyarung jersi Selangor bakal ditawarkan kerja tetap serta kontrak selaku pemain demi memastikan kebajikan mereka dijaga.
 

Advertisement

Must Watch Video