Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dijangka menerima semula keanggotaan Persatuan penyertaan Sepaktakraw Malaysia (PSM) selepas menggugurkan keahlian badak induk negara itu sejak dua tahun lalu.
Langkah itu mungkin akan dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM yang berlangsung esok.
Jika perkara itu berlaku, ia bakal memudahkan tugas PSM menghantar pasukan menyertai kejohanan antarabangsa terutama menjelang Sukan Asia Hangzhou, September depan.
"Saya juga akan menghadiri persidangan agung PSM esok.
"Saya penuh yakin kehadiran saya akan mengeratkan hubungan di antara ASTAF dengan PSM dan sama-sama menghadapi sukan yang lebih besar nanti.
"Harapan saya, PSM dapat menganjurkan Kejohanan Dunia untuk kali kedua.
"Saya percaya Kejohanan Dunia kali ini bakal menggabungkan hampir 20 negara dan saya akan membuat undangan tersebut kepada Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan," katanya di Astro Arena sebentar tadi.