Minggu yang cukup sukar buat ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh, memikirkan nasib The Speedy Tigers tanpa tiga tonggak utama menjelang kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 di Ipoh, Perak bermula hujung minggu ini.
Temu bual bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, menjelaskan situasi semasa kem kebangsaan bagi mengetahui nasib sebelum tampil merebut gelaran berprestij itu.
"Keluarga nombor satu. Saya berpendapat Faizal Saari dan Fitri Saari perlu dilepaskan.
"Sudah tentu, mereka mahu menyertai semula pasukan secepat mungkin. Tetapi, saya memberitahu mereka supaya tidak bergegas.
"Faiz Helmi Jali juga menghadapi kesulitan keluarga. Saya juga berpesan supaya tidak bergegas.
"Selesaikan semuanya, dan kemudian baru kembali semula," katanya di Nadi Arena.
Sarjit terpaksa menangguh seketika pengumuman 13 pemain yang akan menyarung jersi kebangsaan pada esok.
Perlawanan persahabatan menentang India pada Khamis ini menyaksikan pemain lain harus menunjukkan peluang terbaik , sambil keyakinan dan kepercayaan menjadi tunjang untuk membanggakan negara.
Berkemungkinan tiga pemain berkenaan tidak sempat untuk persiapan aksi persahabatan, namun segala keputusan terletak di tangan Sarjit.