Projek Riben Kuning bantu buang stigma terhadap prospek belia


Julai 10, 2024 20:09 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan inisiatif intervensi sosial menerusi Projek Riben Kuning yang memberi peluang kedua kepada prospek belia serta penghuni sekolah Henry Gurney dalam program latihan pembangunan kemahiran.
Kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Penjara Wanita Kajang secara simboliknya menerbitkan sinar harapan buat peserta Projek Riben Kuning yng terdiri daripada 20 orang prospek belia yang selesai mengikuti kursus terapi urutan sukan serta kursus asas operasi kedi di bawah Akademi Kemahiran Belia Golf.
Pelaksanaan projek ini menjadi platform perubahan terbaik kepada peserta terutama kumpulan belia berisiko, seterusnya memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia.
"Industri sukan memerlukan ramai lagi kedi dan oleh kerana ada kesesuaian, kami perlu sediakan bajet untuk menjayakannya supaya industri mendapat pelatih yang berkemahiran.
"Kami juga akan bawa masuk progam Rakan Muda yang merupakan pengisian masa lapang dan yang sesuai ialah Rakan Mahir Rakn Aktif dan Rakan Prihatin.
"Projek Riben Kuning ini peluang kedua dan tiada stigma terhadap mereka.
"Saya percaya ini akan memberi peluang kepada mereka," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
#Hannah Yeoh #Projek Riben Kuning
;