Skip to main content

Sukan

Projek Ramadan: YAKEB ringankan beban keluarga Allahyarham Amir Abu Bakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shapawi.jpg
Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mahu jasa bekas pemain sepak takraw negara Allahyarham Amir Abu Bakar terus dihargai susulan sumbangannya yang turut pernah menabur bakti dalam pembanggunan sepak takraw selaku bekas jurulatih negeri Sarawak.

Terdahulu, Shapawi menziarah keluarga Allahyarham di Cheras dan turut memberikan sumbangan khairat kematian sebanyak RM3000.

"Allahyarham masih dalam kontrak perkhidmatan Majlis Sukan Negeri Sarawak untuk membimbing pasukan negeri itu. Apabila kena serangan sakit itu Allahyarham sedang ikuti pertandingan di Seremban.

"Malangnya tidak dapat bertahan dan meninggalkan kita. Allahyarham pergi dalam keadaan masih bertugas itu sesuatu yang amat kami hargai dan dihormati." katanya.

Allahyarham meninggal pada usia 61 tahun 2 Mac lalu di Hospital Serdang akibat komplikasi di injap jantungnya.

Allahyarham pernah mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas berpasukan di Kejohanan Pesta Sukan Merdeka Brunei pada 1985.

"Saya berterima kasih kepada YAKEB atas bantuan selepas kehilangan suami, ada juga bantuan untuk ringakan beban kami." tambah isteri Allahyarham.

Advertisement

Must Watch Video