Musim kedua Projek Ramadan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dengan kerjasama Astro Arena untuk episod ketujuh kali ini menyantuni bekas atlet hoki negara, Noridah Omar.
Pada musim kedua, YAKEB menjalinkan kerjasama dengan Astro Arena demi melunaskan misi pasukan Ramadan YAKEB yang berkunjung ke kediamannya di Shah Alam, Selangor.
Projek Ramadan YAKEB ini pantas tampil menghulurkan bantuan sebaik mendapat perkhabaran derita yang ditanggung Noridah.
"Tahun 1986 merupakan kemunculan pertama saya bersama skuad negara dalam Sukan Asia di Korea Selatan.
"Inilah bidang yang betul sebab masa kecil, semua sukan saya main.
"Setiap kali sertai kejohanan, semuanya rasa seronok biarpun muntah hijau kerana berlatih.
"Apabila dengar sorakan kawan-kawan, kami boleh cepat pulih dan semangat itu datang balik.
"Kami berjasa tapi tidak nampak," katanya di Nadi Arena.
Menurut Presiden YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed: "Dia sebenarnya ahli baru yang berdaftar. Kami juga membantunya secara bulanan untuk meringankan bebannya."