Skip to main content

Sukan

Program Visit and Treat YAKEB demi ingatan bekas atlet

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb_1.jpg
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) terus memperkukuh namanya sebagai talian hayat bekas atlet negara di bawah inisiatif program 'Visit and Treat' dengan menyantuni sambil menghulurkan bantuan atas pengorbanan mereka yang menyuburkan maruah sukan tanah air.

Gerakan yang diketuai Pengerusi, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengambil peluang menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada mendiang, T. Gopinath Naidu yang diwakili bapa mendiang, Samy @ Thambirajah Ponnusamy sebagai tanda ingatan.

Gopinath, bekas penyerang bola sepak negara yang meninggal dunia pada 24 Mei lalu, meninggalkan nama sebagai salah satu watak penting yang membawa Kuala Lumpur (KL) menjulang Piala FA pada tahun 1993 dan 1994. 

Namun, segalanya terhenti selepas mendiang mengalami kecederaan ligamen serius yang memaksanya bersara awal.

Begitupun, mendiang tetap meninggalkan jejak dalam sejarah bola sepak negara, termasuk sertai kempen Sukan Asia 1994 dan Kelayakan Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Advertisement

Must Watch Video