SUKAN OLIMPIK
Program RTG: Skuad hoki lelaki atlet berpasukan pertama disenaraikan
Skuad hoki lelaki negara muncul atlet berpasukan pertama disenaraikan dalam Program Road to Gold (RTG) menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Ini selepas skuad bmbingan Arul Selvaraj berkenaan memenuhi kriteria berada dalam kelompok ranking 10 terbaik dunia.
Penyenaraian itu adalah untuk mencerahkan peluang mereka mendapatkan pingat emas dalam Sukan Asia di Hangzhou, China pada September depan, sekali gus layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris.
Iklan
Sebagai rekod, kali terakhir skuad hoki lelaki negara layak ke Sukan Olimpik adalah dalam edisi di Sydney pada 2000.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Jawatankuasa RTG telah mencuba sedaya upaya untuk membantu dan memberikan sokongan yang diperlukan dan ia merupakan tambahan daripada Program Podium sedia ada buat atlet kita.
"Oleh kerana proses kelayakan masih sedang berjalan, kami berharap atlet akan berusaha 100 peratus untuk membantu negara dengan layak ke Sukan Olimpik 2024," katanya.
Mesyuarat kedua Jawatankkuasa RTG hari ini turut meluluskan perbelanjaan sebanyak RM6.9 juta bagi memenuhi keperluan tambahan atlet menjelang Paris 2024.
Must-Watch Video