Skip to main content

Sukan Lain

Program RTG pantau keperluan Azizulhasni

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni-awang.jpg
Penyelaras Program Road to Gold (RTG), Datuk Stuart Ramalingam, pula berkongsi Datuk Azizulhasni Awang kini dalam keadaan baik setelah diperiksa oleh kakitangan perubatan di Glasgow.

Pelumba negara itu sebaik menghabiskan perlumbaan peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia itu, semalam. 

Menurutnya lagi, segala keperluan jaguh basikal trek negara itu untuk proses pemulihan akan disediakan jika mencapai piawaian daripada pihak RTG. 

"Menerusi penjelasannya Azizulhasni sendiri, dia tahu kekurangan dan perkara yang perlu diselidik. 

"Saya sudah menghubungi jurulatihnya, John Beasley, mengenai keadaan Azizulhasni. 

 

"Apa-apa sahaja penambahbaikan yang diperlukannya kami sedia bantunya. 

"Tapi kami perlu tunggu kepulangannya dan dengar sendiri daripada (mulutnya)," kata Stuart di Kelana Jaya hari ini. 

Dalam masa sama, Mesyuarat Jawatakuasa RTG seterusnya akan diadakan sebaik Sukan Asia Hangzhou 2022 melabuhkan tirainya pada Oktober Depan.

 

Advertisement

Must Watch Video