SUKAN LAIN
Program RTG: Malaysia Swimming rancang tambah senarai atlet
Setiausaha Agung Malaysia Swimming, Mae Chen, berkongsi bahawa badan induk tersebut mempunyai perancangan untuk menambah jumlah atlet dalam program Road to Gold.
Perkongsian tersebut dibuat ketika lawatan Chef De Mission (CDM) Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin dan timbalan CDM, Datuk Nicol David, ke sesi latihan kem negara di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Namun Mae Chen menjelaskan bahawa perkara tersebut hanya akan diutarakan selepas atlet tersebut layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Iklan
Sementara itu, Hamidin berkongsi bahawa segala masalah atlet program RTG akan diselesaikan secepat mungkin sekurang-kurangnya pada bulan hadapan.
"Ada beberapa perkara, insya-ALLAH kita dapat selesaikan, kalau tak dapat saya akan jumpa Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) untuk selesaikan. Kebanyakannya isu semasa yang perlu dikemaskan, sebagai CDM boleh selesaikan dengan cepat,mungkin selepas Raya.
"Ia tidak perlu tunggu sehingga mesyuarat Jawatankuasa RTG yang seterusnya, walaupun libatkan banyak pihak," kata Hamidin.
Must-Watch Video