Seramai 16 atlet terkemuka negata terpilih dalam Program Road To Gold (RTG) bagi membutirkan emas pertama Sukan Olimpik menjelang penganjuran seterusnya di Los Angeles (LA) 2028.
Menurut kemas kini Kementerian Belia dan Sukan (KBS), atlet yang terlibat bakal diberikan tumpuan penuh untuk merealisasikan impian Malaysia, bersama pelbagai kemudahan diberikan.
Namun, terdapat perincian utama yang perlu diambil berat oleh setiap atlet yang terpilih.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, menjelaskan banyak perkara perlu diperhalusi, sebelum bersetuju dengan segala kriteria yang ditetapkan.
Berdasarkan pengalamannya, semua atlet memberikan maklum balas positif dan gembira dengan program tersebut kerana sangat membantu keupayaan atlet, sebelum ini.
"Kita perlu memberi ruang kepada ahli jawatankuasa RTG untuk mengadakan perbincangan bersama semua atlet yang terpilih.
"Mereka mempunyai masa sehingga 30 April untuk bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan sebelum diterima sepenuhnya.
"Mereka akan menandatangani perjanjian dan kontrak termasuk memperhalusi segala terma yang disenaraikan," katanya ketika ditemu bual dalam segmen tetamu jemputan Nadi Arena.
Daripada syarat yang diperkenalkan, mana-mana atlet juga boleh menembusi inisiatif itu. Sementara, Program Podium masih memberikan sokongan kepada sukan-sukan terlibat.