Seramai 20 peserta memeriahkan Program Rakan Muda Motoclinic 2025 di Litar Tangkak hari ini.
Sepanjang program, peserta bukan sahaja didedahkan dengan asas tunggangan motosikal dalam litar, malah turut menerima pendedahan berkaitan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang oleh pakar pemakanan dari 360 Health Hub.
Lebih menarik, pelumba profesional daripada ZK Racing turut berkongsi ilmu, termasuk tips keselamatan dan persediaan mental untuk menjadi atlet sukan permotoran.
"Saya kongsikan pengalaman. Setiap kerja ada baik dan buruknya.
"Peserta boleh mencontohi pengalaman saya bahawa kena berjiwa besar dalam sukan permotoran, kata pelumba profesional ZK Racing, Danial Syahmi Ahmad Shahril.
Dalam masa sama, seorang peserta Law Yuan memanfaatkan peluang yang untuk memperkemaskan teknik tunggangannya.
"Saya diajar menunggang dengan selamat.
"Ini penyertaan pertama Program Rakan Muda Motoclinic.
"Seronok kerana diajar oleh pelumba muda negara," katanya.
Inisiatif seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat muda, malah membentuk sahsiah dan disiplin generasi pelumba masa depan.