Seramai 33 atlet sepak takraw diserapkan dalam Program Podium 2025 sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA, Piala Asia, Piala Raja Thai termasuk Sukan Asia di Jepun pada 2026.

Pemain Kuala Lumpur Thunder, Syahir Rosdi, kekal dalam percaturan utama skuad 21 pemain lelaki itu yang menyaksikan tujuh pemain di posisi tekong, lapan peserta untuk apit kanan sementara apit kiri enam orang.




Bahagian wanita pula terdiri daripada 12 atlet.

Fasa satu Program Podium 2025 akan bermula seawal Khamis depan apabila pemain melaporkan diri di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.