Skip to main content

Sukan Lain

Program Jalan-Jalan Kemerdekaan UiTM sematkan jati diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

naib-canselor-uitm,-datuk-dr-shahrin-sahib,.jpg
Memasuki Bulan Kemerdekaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada hari ini melangsungkan Program Jalan-Jalan Kemerdekaan sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan 2025 Peringkat UiTM.

Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Shahrin Sahib, menyifatkan ini salah satu usaha untuk menyemarakkan perasaan cinta terhadap negara buat warga UiTM. 

Dan tidak dinafikan lebih banyak aktiviti seperti ini dengan penglibatan atlet-atlet UiTM yang mewakili negara akan dianjurkan pada masa akan datang. 

"Program pagi ini mencapai matlemat nya dalam kami menyuntik semangat kemerdekaan. 

"Apabila duduk secara berkumpulan, kami sebenar cuba menghayati semangat orang dulu yang ingin mencapai kemerdekaan dengan mengadakan program seperti rapat umum.




"Antara matlamat kami selepas ini agar semua busana memasang bendera di rumah masing-masing. 

"Hari ini ada yang menyahutnya menerusi pemakaian demi menyatakan jati diri tentang sayangnya kita terhadap tanah air. 

"Kami tidak mahu generasi baru ingat Hari Merdeka adalah hari libut (semata-mata) tapi sebenarnya kita mahu menghayati pengorbanan orang-orang dulu," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video