Skip to main content

Sukan Lain

Program Jaguh Rakan Muda platform pembangunan anak muda Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jaguh.jpg
Program Jaguh Rakan Muda tampil sebagai sebuah platform pembangunan bakat untuk mencungkil potensi anak muda Malaysia, bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi turut merangkumi pelbagai gaya hidup dan minat mereka.

Menariknya, ia bukan sekadar pertandingan biasa sebaliknya merupakan satu perjalanan menyeluruh bermula daripada proses pencarian bakat, latihan instensif hinggalah ke pentas akhir yang menjadi medan untuk peserta menyerlah sebagai jaguh dalam bidang masing-masing.

Program itu mendapat sambutan baik daripada golongan belia hasil pelaksanaan uji bakat di lima lokasi utama termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan peluang penyertaan sampai ke setiap lapisan masyarakat termasuk luar bandar.
Takraw

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video