Skip to main content

Sukan Lain

Program Jaguh Rakan Muda kolaborasi bersama Astro rai 10 gaya hidup

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Program Jaguh Rakan Muda memberi peluang kepada semua belia negara menterjemahkan kelebihan masing-masing.

Program Rakan Muda yang baru memberikan pilihan terperinci tanpa perlu mempertimbangkan kekurangan atau kelebihan tersendiri seseorang itu atas dasar tiadanya pilihan tepat untuk aktiviti mahupun sukan yang ingin diceburi.

Menerusi program yang memasuki tahun kedua selepas Program Battle Breaking, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus ingin memberikan saluran terbaik khusus untuk semua belia negara terlibat secara langsung.

"Rakan Muda mempunyai 10 gaya hidup untuk meraikan bakat-bakat dalam kalangan belia. 

"Bukan semua pandai belajar. Ada yang mempunyai minat dan berbakat dalam kesenian, ada yang prihatin yang merupakan ciri-ciri khas mereka. 

"Kami ingin menyediakan platform untuk mereka bertanding dan menyerlahkan bakat mereka. 

"Ini tahun kedua kerjasama kami bersama Astro dan tahun lalu kami buat Battleground dan tahun ini kami melaksanakan ujian kecergasan. 

"Mereka terpaksa bekerjasama dengan pasukan dari pelbagai latar dan perlu bersama-sama ujian kecergasan untuk mencapai kemenangan. 

"Saya mahu mereka meraikan perbezaan, semangat kerjasama dan semangat bekerja itu penting.

"Mereka kena keluar dari zon selesa dan keluar membantu kawan-kawan dalam mencari kemenangan," kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. 

Peranan yang dibawa oleh KBS menerusi kolaborasi bersama Astro tidak hanya sekadar menjayakan Program Jaguh Rakan Muda, malah dianggap sebagai manfaat bersama. 

"Pihak kerajaan ingin menyokong stesen televisyen.

"Kami nak hendak bantu belia selain membuka peluang pekerjaan (kepada golongan ini)," katanya lagi. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video