Pengasas ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan kejayaan pelumba muda negara, Hakim Danish dan Qabil Irfan sebagai bukti kematangan pelumba muda negara di pentas antarabangsa.
Dia berkongsikan prestasi Danish menamatkan musim Red Bull Rookies Cup di kedudukan ketiga secara keseluruhan adalah perkembangan positif selepas beberapa tahun membina keyakinan.
"Sejujurnya saya berbangga dengan prestasi Hakim yang terus berjuang meskipun prestasi di akhir musim kurang memberansangkan. Kami cuba perbaiki di masa akan datang agar dia lebih konsisten di masa akan datang", katanya.
Malah, Zulfahmi turut memuji Qabil Irfan yang muncul juara ESBK Talent 2025 meskipun saingan masih berbaki.
Zulfahmi menegaskan konsistensi Qabil adalah hasil kerja kerasnya di Sepanyol bersama pasukan teknikal yang memberikan pulangan besar.
Menurut Zulfahmi lagi, fokus utama kini adalah menilai perancangan musim hadapan, dengan komitmen penuh untuk memastikan kedua-dua pelumba terus berkembang dan mengharumkan nama Malaysia.
"Memang kami tidak jangka Qabil menang, kita tidak letak asaran tinggi. Sasaran berubah dan kami cuma berharap dia lakukan yang terbaik dan minggu lalu telah menjuarai Kejuaraan ESBK Talents 2025." tambahnya.