Prestasi di Bangkok bukan gambaran sebenar skuad Bunga Raya

Sinar Harian
Oktober 25, 2022 17:57 MYT
Persembahan yang dipamerkan pemain skuad ragbi Bunga Raya Tujuh Sebelah (7s) lelaki negara dalam Kejohanan Siri 1 Asia Rugby Sevens Series (ARSS) 2022 di Bangkok, Thailand disifatkan bukan jelmaan karakter sebenar pasukan.
Sebaliknya pengendalinya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor, menegaskan akan melakukan proses penambahbaikan terhadap pasukan supaya lebih berdaya saing di Siri 2 ARSS Incheon, Korea Selatan, November depan.
“Ya, banyak sebenarnya perkara yang perlu diperbaiki segera terutamanya dalam usaha mencipta keputusan positif di Siri 2 ARSS itu.
“Pada masa sama pasukan juga akan melakukan kerja rumah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan lawan berdasarkan kejohanan di Bangkok,” katanya selepas anak buahnya yang mengakhiri cabaran di kedudukan ketujuh.
Untuk rekod, Siri 2 ARSS dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada 12 dan 13 November manakala Siri 3 ARSS pula dijangka 26 hingga 27 November depan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
KEPUTUSAN:
Malaysia 14 - 31 Korea Selatan
Malaysia 7 - 37 Jepun
SEPARUH AKHIR PLATE
Malaysia 14 - 19 Filipina
Kredit: Sinar Harian
#Ragbi
;