Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab, baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Melaka.

Allahyarham, 82, dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu berikutan kesihatannya merosot -- kanser prostat tahap empat -- dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Berita sedih ini dikongsikan oleh anaknya, Norazman, di media sosial.