Skip to main content

Sukan

Presiden MSDeaf: Terima kasih PMX!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

msdeaf.jpg
'Terima kasih Perdana Menteri'

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) Dr Ong Shin Ruenn, meluahkan keterujaannya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut secara jelas pemerkasaan terhadap golongan pekak dalam Belanjawan 2026, semalam.

Dia mengakui kerajaan ada menyatakan bajet RM2 juta akan diterima MSDeaf untuk pembangunan sukan orang pekak pada tahun hadapan.

Biarpun peruntukan tersebut kurang RM1 juta berbanding tahun ini, namun Ong Shin Ruenn berpendapat jumlah tersebut memadai memandangkan kurang kejohanan tahun depan.

"Pengumuman ini merupakan berita yang amat menggembirakan dan bermakna kepada komuniti kami yang telah hampir 40 tahun berjuang untuk mendapatkan kesamarataan dan pengiktirafan dalam arena sukan negara.




"Kami sangat gembira kerana kami sudah berjuang sekian lama selama empat dekad.

"Terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri. 

"Persiapan akan digunakan menuju Deaflympics Tokyo pada November depan," katanya di Nadi Arena.
Milo

Sedap, Bertenaga, Milo!

Milo penuh kebaikan malt, susu & koko — sedap diminum, beri tenaga bila-bila masa.


Tunggu Apa Lagi

Advertisement

Must Watch Video