SUKAN LAIN
Presiden Masca letak jawatan
'Kecewa sukan kanu terus dianaktirikan', demikian kata-kata Presiden Persatuan Kanu Malaysia, Michael Wong, yang tekad meletak jawatan.
Selepas berteka-teki, akhirnya hari ini Michael mengesahkan perletakan jawatannya selepas mesyuarat prapemilihan temasya Sukan Asia.
Walaupun menepati kriteria pemilihan, Michael dimaklumkan bahawa pasukan kanu negara masih tidak layak beraksi di pentas Asia.
Iklan
Michael turut menyifatkan peluang yang diberikan MOM, untuk memburu kelayakan dengan mencipta catatan masa lebih baik dalam tempoh 10 hari, tidak masuk akal dan bagaikan menafi penyertaan skuad negara di Hangzhou.
"Saya buat begini (letak jawatan) rasanya ramai tahu yang saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku, sejak lima tahun ini tiada apa yang berubah," katanya.
"Peliknya kenapa pada hari pertemuan hanya dimaklumkan mengenai Kategori A, kemudian baru ada B+, B1 dan B2. Saya tidak berniat untuk ganggu sukan lain tetapi mereka (MOM) suruh kita layak di bawah Kategori A."
Untuk rekod, Malaysia menamatkan badi 30 tahun tanpa pingat dalam perlumbaan bot tradisional di Sukan SEA selepas memenangi pingat perak acara 250 meter 12 kru terbuka lelaki pada temasya sukan edisi ke-32 yang berlangsung di Kemboja bulan lalu.
Must-Watch Video