SUKAN LAIN
Prem sambut baik pelantikan Puvaneswaran
Atlet karate negara, Prem Kumar, menyambut baik pelantikan pemenang pingat emas Sukan Asia dua kali, R. Puvaneswaran, sebagai jurulatih skuad negara.
Puvaneswaran, 46, akan menggantikan ketua jurulatih Ali Reza Souleymani dari Iran yang kontraknya tidak diperbaharui oleh MAKAF, kerana mahu jurulatih yang lebih ke hadapan.
Kehadiran bekas atlet negara itu disambut baik oleh Prem, yang menyatakan pelantikan jurulatih tempatan dan berpengalaman di pentas antarabangsa itu mampu meningkatkan prestasi di samping komunikasi yang lebih berkesan dapat dilakukan antara jurulatih dan atlet.
Iklan
"Ini merupakan perkembangan yang positif kerana kami dilatih oleh jurulatih tempatan dan ia memudahkan komunikasi. Ia amat penting bagi jurulatih dan atlet bagi memahami situasi dan apa yang diperlukan atlet," katanya.
"Saya percaya dilatih oleh jurulatih (Puvaneswaran) mampu meningkatkan lagi kemampuan saya dan dia merupakan seorang yang berpengalaman."
Must-Watch Video