Skuad berbasikal lebuhraya negara seakan-akan menyimpan taring dalam kejohanan Pra-Sukan SEA apabila sekadar menamatkan cabaran di tangga kedua acara kriterium lelaki elit menerusi pelumba, Mohd Nur Aiman Mohd Zariff.
Berlangsung di Putrajaya, perlumbaan yang meliputi jarak sejauh 45km itu menyaksikan persaingan antara empat pasukan selepas skuad Singapura menarik diri pada saat akhir.
Malaysia pula mempertaruhkan campuran pelumba daripada pelbagai disiplin, antaranya Muhd Nur Aiman yang sebelum ini beraksi dalam acara trek.
Pelumba Thailand mendahului peloton sejak perlumbaan dilepaskan.
Bagaimanapun, ketika perlumbaan menghampiri garisan penamat, tiada asakan oleh kumpulan peloton yang menyaksikan perlumbaan dikuasai duo Thailand, Sarawut Sirironnachai dan Thurakit Boonratanathanakorn.
Hanya Aiman berjaya menghambat pendahulu untuk menempatkan diri di tempat kedua.
"Perlumbaan hari ini berjalan dengan lancar, dan secara jujur kami ke sini cuba mengkaji strategi kekuatan pasukan Malaysia.
"Kami sedar yang mereka cuba untuk keluarkan yang semua yang mereka ada, namun kami akan tetap berwaspada," jelas Sarawut.
Seperti Sarawut, Aiman juga turun dengan misi sama, iaitu mengkaji kekuatan pesaing.
"Pra-Sukan SEA ini adalah medan untuk kami meneliti laluan, jadi tiada sebab untuk mempamerkan aksi sebaik mungkin. Lebih penting untuk kami mengkaji kekuatan pasukan lawan," ujar Aiman.