Tuah nyata memihak regu berpengalaman, Afifuddin Razali, Hairul Hazizi Haidzir dan Norfaizzul Abdul Razak, apabila menjuarai Kejohanan Sepaktakraw Piala Presiden Terbuka Terengganu, semalam.
Mewakili Persatuan Peniaga Kompleks Muhibah (PPKM) Ampang Jaya, mereka diberikan kemenangan susulan kecederaan menmpa pemain lawan, Zulkifli Abdul Razak, ketika mendahului 9-8 dalam set pertama.
Kecederaan betis yang dialami Zulkifli memaksa pertarungan dinanti-nantikan itu berakhir lebih awal hingga membolehkan Afifuddin, Hairul dan Norfaizzul memenangi wang RM5,000, medal selain trofi.
Zulkifli dan rakan sepasukan, Hanafiah Dollah dan Syafiq Rahman yang mewakili Gabungan Sepaktakraw Teluk Paku (GASTEP) akur selaku naib juara dengan wang tunai RM3,000 berserta medal.
Menurut jurulatih PPKM, Aswadi Abdullah, penampilan regu utama yang juga pemain ATM Guardians itu berjaya melepasi sasaran awal mara ke separuh akhir.
Beliau turut menyifatkan saingan kali ini cukup sengit dengan nama-nama besar yang mengambil bahagian, termasuk regu pilihan Mohd Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Amirul Zazwan (Kuala Lumpur).
Pengurus GASTEP, Tuan Azman Tuan Alias, mengakui skuad bimbingannya keletihan selepas mengharungi aksi sengit sejak melepasi peringkat kumpulan.
“Kami beraksi sehingga tie-break, termasuk ketika menewaskan KL dalam suku akhir dan membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dengan kecederaan Sobey (Zulkifli),” kata Tuan Azman.
Turut dipertandingkan kategori bakat baru yang dimenangi Klinik Haiwan Kemaman (KHK) yang membariskan Shahiran Saidi, Affandi Mohd Yusoff dan Aliff Ramadhan Zainal.
Regu itu membawa pulang RM1,000, medal dan trofi yang disampaikan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.