SUKAN LAIN
POPIC 2023: Medan persiapan atlet negara
Pendayung kebangsaan, Ahmad Azfaruddin Lukman menyasarkan Kejuaraan Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2023.
Persiapan pasukan kini berada pada kondisi terbaik dengan latihan intensif yang dijalani.
Penyertaannya dalam kejohanan tersebut adalah sebagai persiapan bagi merangkul pingat emas pertama dalam saingan Sukan SEA 2025 di Thailand sebelum Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.
Iklan
"Saya mahu menjadi juara dalam setiap peringkat sebelum diangkat sebagai juara keseluruhan. Sasaran utama adalah pingat emas dalam Sukan SEA 2025 sebelum kami menjadi tuan rumah dua tahun berikutnya," katanya.
Sementara itu, pendayung Persatuan Kanu Pahang, Azri Iskandar menganggap pencabar utama kejohanan kali ini hadir dari Johor dan Terengganu.
Untuk rekod, Azfaruddin pernah mewakili negara di dua edisi Sukan SEA yang berlangsung di Filipina dan Vietnam.
Manakala, pencapaian terbaik Azri adalah merangkul empat pingat perak dan dua pingat gangsa di Sukma KL 2022.
Must-Watch Video