SUKAN LAIN

POPIC 2023: Khairul Naim buru kejuaraan

Ammar Hakim 31/10/2023 | 11:39 MYT
Pendayung dragon boat kebangsaan, Khairul Naim Zainal, menganggap pengalaman yang dihadapi semasa menyertai Kejohanan Dragon Boat 2023 di Sarawak membantunya bagi meraih kejuaraan dalam Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2023.
"Saya baru sahaja menamatkan saingan dalam Dragon Boat di Sarawak. Saya akan beraksi dalam saingan di Pahang mula hujung minggu ini dan meletakkan sasaran untuk memperoleh kejuaraan juga," kata Khairul menerusi Nadi Arena.
Sementara itu, Nik Afiq Nik Mazli, menjelaskan dia telah bersedia sepenuhnya dengan menjalani latihan intensif jarak jauh selama sebulan bagi mengekalkan stamina sebagai persiapan menghadapi kejohanan kali ini.
"Kami telah menjalani persiapan bagi menghadapi Whack The Waze ini dan saya berharap ia akan membuahkan hasil di sana nanti," katanya.
Kejohanan tersebut bakal dilangsungkan dari 3 hingga 5 November 2023 di Kuantan, Pahang.
Whack The Wave akan mewarnai beberapa lokasi menarik di Pahang minggu ini, dengan Pantai Teluk Cempedak pasti menjadi tumpuan utama Ahad ini.
Hadiah keseluruhan berjumlah RM117,000 menjadi rebutan. Layari https://whackthewave.com/ untuk info lanjut.
#POPIC 2023
;