SUKAN LAIN
POPIC 2023: Beraksi di Pahang jadi kelebihan buat Adib
Kepulangan atlet kayak Putrajaya ke kampung halamannya, Kuantan Pahang bakal memberikan kelebihan apabila atlet berusia 25 tahun itu komited memberikan tentangan sengit pada Kejuaraan Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2023.
Saingan Whack The Wave akan mewarnai tiga lokasi menarik di Pahang bermula peringkat pembukaan di Rantau Panjang, Rompin -- disusuli Pantai Lagenda, Pekan sementara Pantai Teluk Cempedak sebagai peringkat penutup.
Apa yang menambah keyakinan atlet Pahang, Muhammad Adib Kamaruzrizan, kelebihan cukup mengenali di persekitaran tiga venue utama tersebut bakal menjadi kelebihan besar buat dirinya yang bakal tampil buat kali pertama dalam kategori SS1 (surf ski).
Iklan
Untuk rekod, pada penyertaan Whack The Wave musim lalu, Adib menjuarai kesemua tiga peringkat dan muncul pemenang keseluruhan bagi kategori National TK.
"Peralihan tidak begitu ketara, kami telah menjalani latihan bagi saingan jarak dekat dan jarak jauh," katanya menerusi Nadi Arena.
"Beraksi dalam Whack the Wave, ia adalah saingan jarak jauh, ia akan menguji ketahanan setiap atlet yang beraksi.
"Pantai Teluk Chempedak menjadi salah satu lokasi yang saya mahir dan berharap untuk menghasilkan keputusan yang positif di sana."
Must-Watch Video