SUKAN LAIN
Polo Air Kebangsaan: Selangor nikmati kejuaraan pertama
Selangor muncul juara Kejohanan Polo Air Kebangsaan Kali Ke-58 selepas menang kesemua perlawanan liga sepusingan termasuk mengetepikan juara bertahan yang juga tuan rumah, Negeri Sembilan.
Dalam perlawanan terakhir hari ini, Selangor turut membina reputasi dengan membelasah pasukan pembangunan Pulau Pinang 25-2.
"Buat julung kalinya Selangor meraih pingat emas dalam kejohanan polo.
Iklan
"Sudah tentu kami sangat gembira dan pemain sendiri yang harus diberi pujian. Jurulatih hanya memastikan segalanya mengikut aturan.
"Mereka sangat patuh selain cukup berdisiplin jadi mereka wajar muncul juara," kata ketua jurulatih Selangor, James Tan, di Pusat Akuatik Negeri Sembilan.
Pada masa sama, bagi Ronnarit Jaranon yang mengemudi Pulau Pinang beranggapan perubahan perlu dilakukan segera jika mahu mengangkat polo air kebangsaan setaraf dengan negara-negara ASEAN lain seperti Singapura dan juga jaguh Asia seperti Jepun.
"Kami mengutip pengalaman berguna.
"Kami akan berlatih lebih keras sambil berusaha memperbaiki tahap sukan ini di sini yang menjadi sasaran saya," katanya.
Must-Watch Video