Imej dan reputasi skuad hoki lelaki negara ketika Ini berada pada tahap yang merisaukan ekoran prestasi hambar yang membawa kepada kegagalan layak ke Sukan Olimpik Paris secara merit.

Atas faktor itu, Nadi Arena secara eksklusif mendapatkan reaksi bekas pengendali The Speedy Tigers pada Era 90-an itu.

Apakah yang perlu dilakukan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk mengembalikan prestij skuad hoki negara dengan kadar segera ?

Pandangan Itu secara tidak langsung, mengkritik tindakan (KHM) dalam pencarian jurulatih baharu setelah, Jawatankuasa Kejurulatihan Capai kata sepakat untuk menyingkirkan Arul Selvaraj Daripada Jawatan Ketua Jurulatih.

Hasil daripada pemerhatian terperinci Volker Knapp, antara faktor utama skuad hoki negara gagal berada pada tahap yang lebih baik sehingga kemarau penampilan Olimpik 24 Tahun turut berkait rapat dengan campur tangan politik.

" Pertama sekali bagi pandangan saya, Malaysia harus mengetahui siapa yang mereka kehendaki sebagai ketua jurulatih.

"Namun, ia tidak bermakna kesemua jurulatih yang bagus dapat menjanjikan keputusan baik buat negara.

"Saya juga berasakan mungkin ada politik dalaman.

Semasa saya menjadi jurulatih, perkara ini biasa berlaku dan menampakkan perkara pelik seperti beberapa pihak menutup sahaja mata meskipun keputusan jelas hambar dan mengecewakan," jelas Bekas Jurulatih Skuad Hoki Negara (1994 - 1998), Volker Knapp.