Polis ambil keterangan aktiviti water rafting korban nyawa di Perak

Shaiful Shamsudin
November 16, 2024 16:29 MYT
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata 18 keterangan individu termasuk jurupandu kejadian lemas membabitkan tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng, Perak, petang semalam bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian.
Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati lima buah bot yang dinaiki 21 peserta bersama lima jurupandu telah berlepas dari sungai berhampiran menuju ke sebuah resort.
Namun, salah satu bot terbalik ketika aktiviti berakit meredah jeram itu dan mengakibatkan ketujuh-tujuhnya hanyut dalam arus deras atas faktor cuaca -- empat peserta yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita lemas berjaya diselamatkan sementara tiga lagi terkorban.
Tiga peserta itu yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita lemas selepas dihanyutkan 4km ketika melakukan aktiviti berakit redah jeram di Sungai Kampar di Gopeng dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
*gambar hiasan
#water rafting
;