SUKAN LAIN
Poad Kassim manfaat sepenuhnya kemudahan MSN, ISN
Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim, mencadangkan jurulatih Sekolah Sukan Malaysia Terengganu, Mohd Nizam Md Yusop, untuk menggalas peranan selaku penolong jurulatih.
Setakat ini masih tiada kata putus daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan siapa bakal menggalas tugas berkenaan.
Ia secara tidak langsung meletakkan status seorang lagi jurulatih pecut, M. Balamurugan, dalam situasi tanda tanya.
Iklan
"Banyak perubahan yang saya dapat di sini kemudahan daripada segi sains sukan terutama bantuan daripada ISN (Institut Sains Negara) dalam membentuk atlet pecut.
"Nizam yang bertanggungjawab menggilap bakat pelumba seperti Azreen Nabila, dia berpengalaman dalam bidang kejurulatihan di Malaysia jadi saya tiada masalah untuk bekerjasama dengannya," katanya.
Kelibat Poad ketika ini sudah pun kelihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, bersama anak anak didiknya, Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Arsyad Md Saat, bagi persiapan menghadapi Kejohanan Sukan Perpaduan Islam di Turki, 9 Ogos depan.
Poad tidak mahu letak sasaran terlalu tinggi, memadai sebarang kutipan pingat bagi acara berpasukan memandangkan belum kenal pasti persaingan peserta negara lain selain ia merupakan sentuhannya sulungnya dalam temasya itu.
"Sasaran terbesar kami adalah Kejohanan Asia di China tahun depan selain Sukan SEA Kemboja.
"Saya akan merancang sebaik mungkin untuk membentuk kuartet yang kuat terutama bagi bersaing dengan Thailand," katanya.
Sebanyak 380 acara daripada 19 jenis sukan akan dipertandingkan apabila melibatkan seramai hampir 6,000 atlet dari 55 negara.
Must-Watch Video