Kejayaan atlet 100 meter (m) pekak kebangsaan, Zamir Azman, merangkul kejuaraan dalam acara yang dipertandingkan dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, di Jakarta, Indonesia meraih perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi laman sosial facebook, Anwar berkata, "Tahniah Zamir Azman.
"Kejayaan menjuarai acara 100 meter Sukan SEA Pekak 2025 dan memecah rekod temasya dengan catatan 11.07 saat adalah satu pencapaian yang membanggakan negara.
"Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua, demi membina masa depan sukan negara yang lebih inklusif, progresif dan gemilang."
Pelari berusia 20 tahun itu turut memecahkan rekod temasya dengan mencatatkan larian 11.07 saat (s) memadam catatan Nur Shahdan yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 2022.
Secara rasminya Zamir diangkat sebagai Raja Pecut Pekak Asia Tenggara selepas menewan trek hari ini.