Skip to main content

E-Sukan

PMSL: Terima kasih atas perjuangan SEM9, CDAL! Tiada wakil Malaysia ke EWC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ewc.jpg
Selepas tamatnya saingan Kejohanan PUBG Mobile Super League Asia Tenggara (PMSL) di Jakarta, tiada wakil Malaysia yang melayakkan diri ke Piala Dunia E-sukan (EWC) di Riyard, yang menawarkan tiga slot.

Hanya dua pasukan Malaysia menempatkan diri di grand final iaitu SEM9 dan CelcomDigi Alliance (CDAL), namun kedua-dua pasukan itu telah mempamerkan aksi terbaik.

Pasukan CDAL, menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 101 mata dan satu Winner-Winner Chicken Dinner (WWCD), manakala SEM9 menghuni rangking ke-12 dengan 73 mata dan satu WWCD, sekali gus gagal layak ke kejohanan berprestij dunia itu.




Tiga pasukan yang melayakkan diri ke EWC adalah EArena selaku juara, Alter Ego di kedudukan kedua dan Team Secret Vietnam melengkapkan slot ke tersebut. 
 

Advertisement

Must Watch Video