Skip to main content

E-Sukan

PMSL: SEM9 pecah kebuntuan pada hari kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pmsl-uhigh.jpg
'Winner winner Chicken Dinner' pertama Malaysia.

Itu apa yang dicapai pasukan SEM9 yang memecah kebuntuan 'chicken' buat negara yang hanya muncul selepas 11 pusingan PUBG Mobile Super League Summer (PMSL) 2025 di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Bagi pemain SEM9, Muhammad Dhiya Ulhaq atau dikenali uHigh, satu kebanggaan untuk menghadiahkan chicken pertama buat negara yang akhirnya muncul.

Namun, uHigh masih belum mencapai kepuasaan terhadap keupayaannya dengan menyifatkan ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi hari terakhir.





Sementara itu, rakan sepasukan uHigh, Mohamad Daniel Shah atau dikenali Trexy, menjelaskan momentum yang hilang dalam game 12 sejurus selepas chicken itu boleh dielak.

Bagaimanapun, Trexy menjelaskan bahawa SEM9 bertekad untuk menampilkan permainan yang berbeza pada hari ketiga, lebih-lebih lagi ketika ini mereka tidak akan rugi apa-apa lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video