Skip to main content

E-Sukan

PMSL SEA: Konsisten resepi Sem9 noktah cabaran hari terakhir di Putrajaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pubg.jpg
Saingan hari kedua yang cukup membanggakan buat pasukan negara yang beraksi dalam Grand Final PUBG Mobile Super League SEA 2025 apabila pasukan Celcom Digi Alliance dan Sem9 mempamerkam aksi konsisten untuk berada di kelompok lima pasukan terbaik menuju hari terakhir hari ini.

Malah, dua pasukan negara optimis merebut kejuaraan utama di laman sendiri dengan baki enam pusingan yang bakal menentukan hala tuju kejuaraan kempen kali ini.

Watak utama kekuatan sem9, Daniel Shah, kekal komited untuk membawa pasukan ke kelompok elit dalam cabaran yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.






"Kami lepas final masih atas pagar, sebelum Grand Final bermula kami belajar pelbagai perkara agar kesalahan dalam peringkat kumpulan kami tidak ulangi lagi.

"Walaupun tidak banyak 'Chicken Dinner' tetapi kami konsisten dalam 12 perlawanan ini. Untuk hari terakhir kami kekalkan corak permainan.

"Kami terapkan mentaliti tiada apa untuk dirugikan agar tidak terlalu tertekan." katanya.

Advertisement

Must Watch Video