Skip to main content

E-Sukan

PMSL: CelcomDigi Alliance bawa hajat besar buru kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adikluq-pubg.jpg
Pemain CelcomDigi Alliance (CDAL), Lukman Hakim Hassan, atau lebih dikenali sebagai Adikluq menjanjikan gaya permainan yang segar daripada dia dan rakan sepasukan dalam grand final PUBG Mobile Super League (PMSL) .

Mereka bertekad meralisasikan hajat jurulatih mereka yang mengidamkan kejuaraan dalam saingan yang melibatkan 16 pasukan itu, disusuli E-Sports World Cup (EWC).

"Corak permainan kami tidak memuaskan, memang berbeza daripada (prestasi ketika peringkat) 'weekdays'





"Kami mahu membawa kesegaran dalam aksi grand final sebagaimana yang dirancang di peringkat liga," katanya di Jakarta. 

Bagi Adikluq, mereka berazam untuk membanggakan rakyat Malaysia dengan kejuaraan selepas tiga tahun gagal dalam percubaan membawa balik gelaran itu.

"Saya bukan sekadar tumpu kepada EWC kerana menyasarkan kejuaraan dalam setiap musim. 

"Kami akan tunjukkan kemampuan sebenar CelcomDigi Alliance dan cuba banggakan rakyat Malaysia," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video