Skip to main content

E-Sukan

PMSL 2025: Dua pasukan PUBG Malaysia rebut gelaran juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pubg.jpg
Dua pasukan PUBG Mobile Malaysia secara sah ke pusingan Grand Final Liga Super Asia Tenggara Musim Bunga (PMSL) 2025.

Selepas bersaing selama dua minggu, CelcomDigi Alliance (CDAL) dan SEM9 berjaya ke pentas final selepas mereka berjaya menduduki kelompok 16 terbaik liga.

Grand Final PMSL Asia Tenggara Musim Bunga 2025 akan berlangsung di IOI Grand Exhibition & Convention Center pada 14-16 Mac ini.

Sebanyak RM800,000 (AS$200,000) wang terkumpul  secara keseluruhan menjadi rebutan di pentas final nanti.

Satu lagi wakil negara, Homebois terpaksa akur terlepas slot Grand Final selepas berada di tangga ke-17 di peringkat Super Weekend

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video