Skip to main content

Sukan Lain

PLBM sambut baik boling padang ke Program Podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lawn-ball.jpg
Kesatuan boling padang Malaysia meluahkan rasa syukur apabila disenaraikan dalam Program Podium.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz, menyifatkan tindakan itu akan memberikan banyak sokongan buat skuad negara nanti terutamanya daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

"Itu adalah perkembangan yang sangat baik kepada PLBM kepada kami memerlukan sokongan, saya telah memohon untuk berada dalam program ini sudah lama.

"Sekarang mereka sudah mula memperolehi sistem sokongan yang disediakan oleh pihak MSN dan ISN," katanya.

Sementara itu, pemain wanita nombor satu dunia, Farah Ain, mengakui statusnya kini akan menyuntik semangat untuk melakar kejayaan yang lebih besar selepas ini.

Malah, dia tidak berasakan ia adalah satu bebanan dengan gelaran terbaru yang digalas ketika ini .

"Sebenarnya untuk mempertahankan ranking itu tidak mudah kerana perlu keluar negara, dalam setahun mungkin ada kejohanan yang boleh pergi dan tidak susulan isu bajet.

"Bagi saya sasaran untuk nombor satu agak mencabar, tetapi untuk berada dalam kelompok lapan terbaik juga sudah mendapat mata." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video