Bintang Utah Jazz, Mike Conley, akan dipantau setiap hari menjelang separuh akhir Persidangan Barat NBA selepas disahkan mengalami kecederaan paha.
Conley meninggalkan gelanggang ketika Jazz menewaskan Memphis Grizzlies 126-110 dalam perlawanan kelima siri pusingan pertama playoff NBA gara-gara kesakitan di paha kanannya semalam.
Utah mengesahkan kemaraan mereka menerusi kelebihan 4-1 dan pasukan pilihan utama itu akan berdepan sama ada Los Angeles Clippers atau Dallas Mavericks dalam pusingan kedua.
"MRI pada pagi ini menunjukkan terdapat sedikit ketegangan hamstring," kata Jazz dalam satu kenyataan menerusi Twitter.
"Dia akan terus dipantau menjelang perlawanan pertama separuh akhir Persidangan Barat."
Conlay merekodkan purata 17.4 mata, 3.8 rebound dan 8.6 bantuan bagi satu perlawanan sepanjang musim 2020-21.
Dia memainkan peranan penting buat Jazz sebagai barisan utama ketika menewaskan Grizzlies dalam perlawanan kedua dan ketiga, masing-masing dengan 20 dan 27 mata.

During Game 5 between the Jazz and Grizzlies last night, Mike Conley left in the second quarter after experiencing right hamstring soreness. This morning an MRI revealed a mild right hamstring strain. He will be reevaluated prior to Game 1 of the Western Conference Semifinals.
— utahjazz (@utahjazz) June 3, 2021