Joel Embiid meninggalkan perlawanan keempat di antara Philadelphia 76ers dan Washington Wizards dalam siri pusingan pertama playoff NBA dengan kecederaan lutut hari ini.
Bintang Philadelphia itu salah mendarat selepas mencuba melakukan jaringan pada lima minit terakhir suku pertama.
Embiid kekal dalam perlawanan itu sehingga 36.5 saat terakhir dalam suku berkenaan sebelum berjalan keluar terowong untuk ke bilik persalinan.
Dia tidak lagi kembali ke gelanggang sebelum pasukannya mengumumkan bahawa dia tidak dapat meneruskan permainan kerana kesakitan di lutut kanannya.
Philadelphia mendahului 11 mata sebelum kecederaan Embiid dan tuah mereka kian memudar selepas itu sebelum tewas 122-114 kepada Wizards.
Bagaimanapun, mereka masih mendahulu 3-1 dan berpeluang cerah untuk mara ke pusingan seterusnya.

Joel Embiid - right knee soreness - will not return.
— Philadelphia 76ers (@sixers) June 1, 2021