Isu kecederaan yang dialami beberapa tonggak skuad ragbi Bunga Raya 15s negara sedikit merencatkan persiapan untuk mencapai misi mengekalkan kedudukan dalam divisyen Premier Playoff Kejohanan Ragbi Asia 2025.
Masalah kesihatan yang dialami Ryan Long, di posisi flanker serta pemain di posisi prop, Amir Azkwan yang mengalami kecederaan di bahagian jari agak merisaukan buat ketua jurulatih Bunga Raya, Mohd Saizul Hafifi.
Skuad Bunga Raya bakal berdepan dengan Sri Lanka, 19 April, Saizul berharap semua pemain yang ada akan turun dengan kecergasan penuh untuk menterjemahkan segala perancangan yang telah diatur bagi menghadapi Sri Lanka nanti.
"Kini kami mempunyai seramai 29 pemain bersama kem Bunga Raya, tetapi pemilihan dalan setiap posisi sangat terhad dan sukar buat saya memilih pemain.
"Saya berharap semua pemain cedera dapat sembuh untuk memastikan dapat buat yang terbaik ketika bertemu Sri Lanka nanti " katanya
Di atas kertas corak permainan Sri Lanka tidak banyak perubahan berbanding tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Aksi perlawanan 19 April ini diharap memihak buat skuad negara untuk memastikan laluan terbaik.
"Sri Lanka mempunyai pemain yang laju dan akan bermain secara pantas, kami juga mempunyai kekuatan tersendiri dari segi serangan.
"Saya berharap anak buah dapat menterjemahkan segala latihan dalam perlawanan nanti, tujuan kami ialah kekal berada di divisyen Premier" katanya.
Tugas getir menanti skuad negara di ARC nanti kerana perlu berdepan Korea Selatan pada 13 Jun, disusuli pertemuan dengan Hong Kong pada 22 Jun, sebelum perlawanan terakhir menentang Emiriah Arab Bersatu pada 4 Julai.