Bahang tekanan yang tidak ketara dalam play-off NBA menyaksikan Luka Doncic kembali ke zon selesa.
Setahun selepas mempamerkan prestasi hebat dalam siri kekalahan pusingan pertama kepada Los Angeles Clippers, bintang muda Dallas Mavericks itu di sekali lagi tahap terbaik ketika kedua-dua pasukan bertembung sekali lagi.
Doncic memperoleh 31 mata, 10 rebound dan 11 bantuan jaringan ketika Mavericks mengatasi lawan itu 113-103 dalam pertemuan pembukaan di Los Angeles, pagi tadi.
Ia triple-double ketiga yang diilhamkan pemain berusia 22 tahun itu dalam tujuh perlawanan play-off membabitkannya -- yang pertama dalam sejarah NBA.
"Play-off adalah menyeronokkan, apatah lagi mereka jika anda menang," kata Doncic kepada wartawan.
Doncic memungut purata 31.0 mata, 9.8 rebound dan 8.7 bantuan jaringan dalam siri kekalahan 2-4 kepada Clippers, tahun lalu, sejajar dengan sumbangannya hari ini.
The Clippers menerapkan pelbagai corak bertahan tapi dia masih mampu membuat percubaan atau setidak-tidaknya mnencipta gerakan kepada rakan sepasukan.
"Dia pemain yang sangat unik bagi seseorang yang baru berusia 22 tahun," kata jurulatih Mavs, Rick Carlisle.
"Tahap ketenangan yang dimiliki termasuk kemampuannya untuk berlengah bagi membaca permainan -- walaupun ketika tempoh membuat balingan tinggal lagi enam atau tujuh saat lagi, dia masih mampu melambat-lambatkannya dan menguasai bola dengan cukup lama bagi membolehkan rakan sepasukan kelihatan hebat.
"Dia mempamerkan aksi mantap malam ini dan saya rasa aspek pertahanannya juga bagus."
Carlisle juga berpendapat Doncic merupakan pemain terbaik di peringkat seperti itu.
Dia, bagaimanapun, menolak pujian itu dengan menganggapnya masih mentah.
"Saya harap berada di tahap terbaik tetapi saya rasa ia masih jauh," katanya.
"Saya baru memasuki musim ketiga jadi masih banyak yang perlu saya pelajari.
"Kami hanya turun beraksi dan berusaha memenangi perlawanan."

Sheeeeeesh ?#ALLIN | @luka7doncic pic.twitter.com/ynkuQ1gBaX
— Dallas Mavericks (@dallasmavs) May 22, 2021