Skip to main content

Sukan Lain

PKNS Invitational Volleyball League: Sabah Rhino tekad tampil sebagai pencabar gelaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah-volleyball.jpg
Pasukan yang melalui transformasi untuk mencabar Kejuaraan Invitational PKNS Volleyball League, Sabah Rhino tidak berasakan pasukan yang dibarisi pemain muda sebagai alasan untuk muncul sebagai pasukan pelengkap jadual.

Sebaliknya, pasukan yang berpangkalan di Borneo itu tekad mencabar pasukan elit bermula dengan pertemuan menentang Kelantan yang dibarisi empat pemain import Thailand.

"Persiapan pasukan agak mantap, sasaran kami adalah sama seperti kejohanan yang disertai sebelum, kami mahu ke final dan berjaya bergelar juara," kata ketua jurulatih Sabah Rhino, Affandy Wahap.

"Berdasarkan barisan pasukan yang beraksi, MBSA dan PKNS menjadi pasukan pilihan dan kami akan menggunakan perlawanan bertemu Kelantan sebagai kayu pengukur yang turut membariskan pemain import dari Thailand."

Hari pertama kejohanan bakal berlangsung 12 September bakal menyaksikan KL Shark lawan BJSS sementara ATM Gladiator pula berdepan Johor Tiger manakala MBSA hadapi tentangan PKNS Eagle.

Advertisement

Must Watch Video