Skip to main content

Sukan Lain

PKNS Invitational Volleyball League: Kelantan benam ATM Guardian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

volleyball-pkns.jpg
Kelantan memastikan kemenangan dalam aksi kedua saingan PKNS Invitational Volleyball League apabila menewaskan ATM Gladiator 3-1 sebentar tadi.

Ketua jurulatih pasukan Kelantan, Zamrie Zakaria lebih memilih aksi semalam yang memperlihatkan pasukanya tunduk kepada pasukan berpengalaman, Sabah Rhino.

Menurutnya, walaupun berjaya menang mudah ke atas ATM, aksi hari kedua bukan aksi yang mahu dipamerkan oleh pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu.

Tambahnya lagi, keserasian empat pemain import dari Thailand yang dibawa masuk sudahpun mencapai 65 peratus dan dia optimis jika mereka dapat pertingkatkan gandingan itu, Kelantan mampu menggegarkan pasukan gergasi lain.

Sementara itu, PKNS Eagle meneruskan rentak cemerlang apabila merekodkan kemenangan 3-0 ke atas pasukan BJSS.

Advertisement

Must Watch Video